Tuesday 26 May 2015

VISI MISI DAN MATLAMAT SEKOLAH MENENGAH BUKIT BANDARAYA



 Visi Sekolah 
Melahirkan generasi SMKBB yang berwawasan, berilmu,
berbudi tinggi dan bersyukur.

Misi Sekolah

  • Memastikan pelajar cemerlang dalam kurikulum sekolah dan peperiksaan awam.
  • Memastikan pelajar cemerlang dalam ko-kurikulum.
  • Menjadikan SMKBB tersohor di seluruh negara.

 Matlamat Sekolah 

  • Menigkatkanprestasi akademik dalam semua mata pelajaran dan menyedarkan pelajar-pelajar tentang hubungkait pelajaran dengan kerjaya dan kehidupan masa hadapan mereka.
  • Meningkatkan akhlak pelajar-pelajar dengan amalan nilai-nilai murni supaya terbentuk generasi pelajar yang berdisiplin, berhemah tinggi dan bermaruah.
  • Mewujudkan suasana harmonis melalui pemupukan budaya kebersihan, tolong-menolong, penyayang dan budaya kerjaya yang cemerlang dalam kalangan pelajar dan guru.

Saturday 23 May 2015

LAGU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA

Kami berikrar penuh setia ,
Mencapai cita ,
Patuh pada ajaran guru ,
Bapa juga ibu .

Ingin menjadi rakyat yang berguna ,
Bina nusa bangsa ,

Sukan juga Seni budaya ,
Mengikut tunas agama ,
Nama yang harum dibina ,
SM Bukit Bandaraya .

Kami berikrar penuh setia ,
Mencapai cita ,
Patuh pada ajaran guru ,
Bapa juga ibu .

Ingin jadi rakyat yang berguna ,
Bina nusa bangsa .


SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH BUKIT BANDARAYA

Januari 1985 

Dikenali sebagai Sekolah Menengah Taman Bandaraya. Buat Sementara waktu pelajar kumpulan pertama menumpang di Sekolah Menengah Sri Pantai. Pada ketika itu, pelajar-pelajar hanya 140 orang yang bermula dengan kelas peralihan sementara pelajar-pelajar tingkatan satu menumpang di Sekolah Menengah Bangsar.





Jun 1986 

Semua pelajar berpindah ke bangunan baru sekolah Bukit Bandaraya.





Sehingga 1990

Jumlah pelajar meningkat kepada 226 orang.





1991 

Bilangan pelajar menigkat kepada 486 orang.





2001 
Mempunyai lebih 100 orang pelajar dan seramai 54 orang tenaga pelajar.


2009 
Jumlah pelajar seramai 1166 dan 76 orang tenaga pengajar serta 9 orang kakitangan pentadbiran dan juga 3 orang pembantu makmal. Terdapat 5 buah blok empat tingkat yang merangkumi bilik kelas, bilik masakan, bilik jahitan, bengkel-bengkel, bilik ekses komputer, bilik mesyuarat, bilik kaunseling, bilik guru, pejabat, bilik BOSS, makmal-makmal sains, perpustakaan & bilik media, tandaspelajar & guru, bilik disiplin, dewan mini, dan auditorium. Terdapat juga padang sekolah, tapak perhimpunan terbuka, kantin, bilik komputer, kolam ikan, teratak patriotisme, dan taman bunga.